Informasi Produk

Maklumat berkaitan produk Kopi Kurma dari sudut nilai pemakanan, kajian bio-aktif bahan-bahan dan sebagainya.

Tuesday, February 14, 2006

INFORMASI PRODUK KOPI KURMA



Ramuan Kopi Kurma

1. Biji Kurma (Phoenix Dactilifera)
2. Halia (Zingiber Officinale)
3. Koko (cocoa)
4. Madu (Honey)
5. Kopi Asli
6. Krimer Tanpa Susu
7. Gula


Khasiat Biji Kurma
( Phoenix Dactilifera – Semen)

Buah Tamar merupakan makanan yang tidak asing lagi di kalangan umat Islam mahupun penduduk TimurTengah (Asia Barat). Ia membekalkan tenaga serta serat (fiber) yang tinggi, penyembuh bagi masalah kekurangan potassium, agen laktagog (susu ibu), agen aphrodisiak (tenaga batin), agen anti-tumor, merawat bisa gigitan serangga ular, memudahkan bersalin, berfungsi sebagai agen diuretik (memperbanyak air kencing) & litonotriptik (pemecah karang) serta lain-lain.

KOPI KURMA HADDAD menggunakan biji tamar (date seeds/date pits) sebagai ramuan utamanya yang disinergikan dengan herba-herba yang terkenal di dalam kitab Perubatan Islam mahupun di dunia Arab.

Berdasarkan kajian saintifik, khasiat utama biji kurma ialah memebekalkan fiber yang tinggi, rendah lemak & protein,baik untuk megurangkan ghout (pirai), agen litonotriptik dan pencegah bagi batu ginjal dan penyakit hepatic (hati) serta untuk kecantikan kulit. Amalan meminumnya selalu dapat mengekalkan kesihatan serta mencegah masalah-
masalah tersebut.


Khasiat Halia
(Zingiber Officinale)

Komposisi Utama (Bahan Aktif)
Zingerberne (alpha & beta zingerberene)
Zingeberol

Khasiat Terapeutik
1. Penolakan angin (carminative)
2. Bahan perangsang atau stimulant ( stimulant) kepada alur daripada perut ke usus (gastro-intestinal tract).
3. Ramuan tradisional bagi masalah kembung & angin(flatulence) dan kesakitan di bahagian usus bawah (colic).
4. Agen anti-resdung dan alahan (anti-histaminic factor)
5. Digunakan bersama rawatan stress atau murung (anti-depressent) dan sebagai ramuan dalam ubatan anti-narkotik (anti-narcotic preparations)


Khasiat Koko
(cocoa)

Serbuk koko merupakan produk bersama yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E. Kandungan nutrien dalam serbuk koko adalah di antaranya : KALSIUM, KALIUM, NIASIN, PROTEIN, FOSFORUS, THIAMINE, LEMAK, ZAT BESI DAN RIBOFLAVIN.

Di antara khasiat koko adalah :

Anti-ulser
Anti-tumor
Kesihatan jantung (kardioavskular)
Kandungan anti-oksidan yang tinggi.


Sumber: USDA Handbook, 1974, The Ditionary of Sodium, Fats and Cholesterol, New York.

Kasiat Madu
(Forest Honey)

Madu, beserta vitamin-vitamin dan mineral-mineral,sangatlah bermanfaat bagi manusia. Ia mengandungi gula (glukosa dan fruktosa), berbagai mineral (kalsium, potassium, magnesium, sodium klorin, sulfur, besi dan fosfor), dan vitamin-vitamin (B1,B2,B3,B5,B6 & C).Tambahannya, ia juga mengandungi sejumlah kecil dari beberapa jenis hormon, tembaga, iodium dan zink,dimana dengan kata lain, ia mengandungi, hampir segala (nutrien) yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Khasiat Utama Madu:

1. Membekalkan nutrient-nutrien penting, vitamin dan sumber mineral.
2. Sumber tenaga (sukrosa, fruktosa).
3. Membekalkan anti-oksidan dan mudah diserap & dihazamkan.
4. Menguatkan sistem imuniti (pertahanan tubuh).
5. Ringtangan terhadap alahan dan resdung.
6. Antibiotik (anti-kuman) semulajadi.


Ramuan Asas Kopi Kurma

Selain daripada 4 komposisi utama yang mengandungi elemen terepeutik dan nutrien tertentu, KOPI KURMA HADDAD turut diperkayakan dengan 3 bahan asas kopi iaitu :

I. Krimer Bukan Tenusu (non-dairy creamer)
Krimer bukan tenusu mengandungi kandungan lemak yang rendah serta ia melazatkan minuman Kopi Kurma Haddad.

II. Kopi Asli
Kopi asli mengandungi aroma yang menyegarkan serta bertindak sebagai bahan perangsang (stimulant) yang dapat mengurangkan kesan mengantuk (sleepy).

III. Gula
Gula berperanan sebagai agen pemanis (sweetener) serta membekalkan tenaga hasil daripada proses metabolisme tubuh.

Disusun Oleh :
UNIT PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PRODUK
HADDAD MARKETING